top of page
Selamat Datang ke Ruang Aktiviti NUTP
LOGO NUTP HD.png

RUANG AKTIVITI RASMI 

NATIONAL UNION OF THE TEACHING PROFESSION

AKTIVITI AKTIVITI NUTP DISEMBER 2024

  • Writer: website nutphq
    website nutphq
  • 3 Jan
  • 2 min membaca

Updated: 6 Jan

Aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh NUTP sepanjang Disember 2024


Bulan Disember 2024 telah menjadi bulan yang penuh produktiviti dan signifikan bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), dengan pelbagai aktiviti penting yang memberi impak besar kepada pendidikan dan kebajikan ahli. Berikut adalah sorotan aktiviti sepanjang bulan tersebut:


Penyerahan Manfaat Insurans NUTP Kepada Waris Guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka Yang Meninggal Dunia Akibat Nahas Jalan Raya


Tarikh : 20 Disember 2024

Tempat : SK Jeram, Masjid Tanah


Penyerahan manfaat insurans NUTP sebanyak RM 306, 973.24 kepada waris guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya. Penyerahan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Sumbangan tunai sebanyak RM500 turut diberikan kepada 11 guru SK Jeram yang turut cedera dalam nahas kemalangan rombongan guru di Jalan Kuantan-Segamat, pada 9 Jun lalu.






Sesi Libat Urus Bersama Kesatuan / Persatuan Perkhidmatan Perguruan Berhubung Penetapan Markah Minimum Penilaian Kriteria Kecemerlangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



Tarikh : 24 Disember 2024 Tempat : Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, KPM, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan sesi libat urus bersama kesatuan dan persatuan yang mewakili perkhidmatan perguruan. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KPM, dan berlangsung di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, KPM, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur.




 


Rancangan Bual Bicara Apa Khabar Malaysia


Tarikh : 25 Disember 2024

Platform : Rancangan Bual Bicara "Apa Khabar Malaysia" , Bernama TV

Tajuk : Cikgu Jangan Bersara Awal



Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Sdr. Aminnudin bin Awang, tampil dalam rancangan bual bicara Apa Khabar Malaysia untuk membincangkan isu persaraan awal dalam kalangan pendidik. Dalam ulasannya, beliau menekankan bahawa beban tugas yang berlebihan, tekanan kerja yang berterusan, serta tuntutan komunikasi luar waktu bekerja merupakan antara faktor utama yang mendorong keputusan ini.


Sdr. Aminuddin bin Awang turut menegaskan bahawa meskipun terdapat individu yang memulakan profesion perguruan tanpa minat yang mendalam, latihan di institusi pendidikan kebiasaannya berjaya membangkitkan semula semangat dan komitmen mereka. Namun, cabaran lain seperti kestabilan kewangan selepas mencapai gred tertentu, masalah kesihatan, dan tekanan persekitaran tidak boleh diketepikan.


Beliau menyarankan pendekatan bottom-up dalam pentadbiran pendidikan, yang memberi ruang kepada institusi untuk menetapkan sasaran berdasarkan kemampuan dan konteks masing-masing. Pendekatan ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan, khususnya bagi sekolah-sekolah di kawasan kurang berkemampuan, sekali gus mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif bagi pendidik.


Melalui pandangan yang dikongsikan, Cikgu Amin menyeru pelbagai pihak untuk terus menyokong usaha menjaga kesejahteraan pendidik demi kelangsungan sistem pendidikan negara yang lebih cemerlang.




Comentários


Kesatuan Perkhimatan Perguruan Kebangsaan

Hubungi Kami

13 & 15, Jalan Murai 2, Kompleks Batu

Off Jalan Sultan Azlan Shah ( Jalan Ipoh)

51200 Kuala Lumpur

 

Tel : 03-6251 0621 

Emel : mail@nutp.org.my
 

Ikuti Kami di Media Sosial

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat

9.00 am - 5.00 pm
Sabtu (Minggu ke -2 dan  ke -4) :

9.00 am - 1.00 pm

Sabtu (Lain) : Tutup

Ahad : Tutup

bottom of page